Monday, August 20, 2007

Karangan budak darjah 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam
unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya
menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya
bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar
itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar
saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit
"Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya
pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali
ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu
sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas
di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan
terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar
menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu
feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta
maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak
saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit
"Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting
Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori
itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab
emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian
kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui
apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai
lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak
lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah
kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home